12 Disember, 2023 | Lawatan kerja rasmi Pengerusi Eksekutif ICSB, YB Datuk Jasnih Daya bersama-sama dengan YBhg Datuk Haji Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Hj Ambran bin Pe’ang, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, di iringi barisan pengurusan dan semua ketua-ketua jabatan/unit yang terlibat, telah berlangsung baru-baru ini.
Ini adalah merupakan lawatan kerja rasmi yang pertama YB Datuk, setelah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BWSB. Perjalanan dimulakan dengan melawat Benta Agrotech Sdn Bhd, sebuah Syarikat usahasama antara BWSB dengan Bellus Terra Sdn Bhd, yang menghasilkan baja dalam bentuk paket (sachet). Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Kilang Benta Edible Oil Sdn Bhd (BEOSB), anak Syarikat milik penuh BWSB. Disini proses pembungkusan minyak masak dijalankan.
Perjalanan mereka diteruskan ke Ladang Kapur, di mana majlis perasmian pejabat Ladang Kapur yang baru telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB dan kemudian meneruskan perjalanan ke Ladang Binuang. Semasa berada di Ladang Binuang, rombongan YB Datuk Jasnih juga dibawa melawat ke pusat penetasan Kumbang (Weevil Breeding), sebelum beliau merasmikan pejabat Operasi Perladangan Zon Utara/Pejabat Ladang Binuang.
Semasa di Ladang Binuang, rombongan ahli Lembaga Pengarah BWSB ini juga telah diberikan sedikit taklimat mengenai keadaan semasa di BWSB oleh Tuan Chu Chee Ming, Pengurus Besar Operasi Perladangan.
LAWATAN KERJA RASMI PENGERUSI EKSEKUTIF INNOPRISE CORPORATION SDN BHD, YB DATUK JASNIH DAYA BERSAMA DENGAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BENTA WAWASAN SDN BHD.