Majlis Iftar Ramadhan BWSB telah diadakan pada 14 April, 2022 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Turut serta menyantuni majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Bin Khan Bahadar, selaku Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB dan YBhg Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH Tuan Mohd. Shoffian Bin Mohd. Said, Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Tawau dan barisan pengurusan BWSB.
Majlis dimeriahkan dengan jemputan khas, anak syarikat YS/ICSB, Sabah Softwoods Berhad, staf BWSB dan para penerima sumbangan daripada Madrasah dan pusat Tahfiz terpilih sekitar kawasan Tawau.