Pada 6hb April, 2023, Majlis Iftar Ramadhan peringkat Korporat telah diadakan bertempat di Inderaloka Grand Ballroom, Univilla. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Ambran Pe'ang, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pn. Hjh Rismawati Hj. Lahatta merangkap Pengerusi penganjur Majlis Iftar Ramadhan bersama dengan barisan pengurusan BSWB dan jemputan-jemputan lain.
Majlis Iftar Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara staf dan pengurusan. Di samping itu juga, mengambil kira bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, BWSB juga tidak mahu ketinggalan untuk berbuat kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Antara tetamu khas yang diraikan pada majlis ini, dan juga penerima sumbangan daripada syarikat ialah Madrasah dan juga pusat Tahfiz sekitar Tawau. Semoga sedikit sumbangan ini akan dapat membantu perjalanan pengurusan pusat madrasah dan tahfiz masing-masing. Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustadz Hj. Muhammad Othman, solat Maghrib, Isyak dan tarawikh.