Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri BWSB 2024 telah berlangsung dengan sempurna pada 26 April, 2024. Majlis tersebut meriah dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah BWSB, rakan kongsi niaga, iaitu pihak Jabatan Tenaga Kerja, Pihak Konsul, pihak Bank, pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Sabah Softwoods Berhad, Yayasan Sabah dan kakitangan BWSB bersama keluarga masing-masing dan lain-lain lagi.
Beberapa wakil kenamaan juga dilihat sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini, antaranya ialah YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, YB Datuk Lo Su Fui dan YBhg Datuk Hjh Hamisah Samat.
Majlis diserikan dengan iringan medley oleh Tawau Buskers yang menceriakan suasana pada hari tersebut. Dikesempatan ini juga, pihak BWSB melalui Pengerusi Lembaga Pengarahnya, YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid telah sudi menyampaikan sumbangan kepada lima (5) buah masjid terpilih disekitar Tawau & Kalabakan. Sumbangan ini adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR), BWSB dan akan diteruskan dimasa-masa akan datang.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Sempena sambutan Aidilfitri BWSB 2024, semoga kita dapat bertemu di Syawal yang mendatang. INSYA-ALLAH.