
Pada 20 disember 2024 telah berlansung Majlis Makan Malam Tahunan BWSB yang bertemakan Malam Menggamit Memori BWSB 2024 - Back To School telah berlangsung dengan meriah dan penuh nostalgia. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan pekerja sepanjang tahun, di mana senarai pekerja cemerlang diumumkan sebagai penghargaan terhadap dedikasi mereka. Selain itu, majlis juga memberi ruang untuk mengenang jasa pekerja yang bersara pada tahun tersebut, dengan pelbagai kenangan manis dikongsi bersama rakan-rakan sekerja. Tema "Back To School" membawa suasana yang ceria dan santai, dengan ramai yang mengenakan pakaian bertemakan sekolah, membawa kenangan zaman persekolahan mereka. Acara ini bukan sahaja sebagai platform untuk menghargai pencapaian individu, tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan. Suasana yang penuh keakraban dan kegembiraan membuatkan majlis ini begitu bermakna, memperkukuh semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga BWSB.
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025
March 07, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Kerani (ADMIN) (Pentadbiran) / Tarikh Tutup 13 Mac 2025
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB