Majlis Perhimpunan Korporat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB) 2021 telah diadakan pada 24 November, 2021, bertempat di Aras 6 (Ballroom), Borneo Royale Hotel.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Tuan Dominic Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif dan diiringi oleh Pengerusi Penganjur majlis, Pn. Hjh. Rismawati Hj. Lahatta, Ketua Sumber Manusia, Pentadbiran & Komunikasi Korporat, dan warga BWSB.
Majlis turut menyelitkan segmen Anugerah Perkhidmatan Taat Setia (Long Service Award) dan Anugerah Jasamu Dikenang kepada staf yang telah bersara penuh. Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf di atas dedikasi, semangat dan taat setia yang ditunjukkan oleh mereka. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.