Program Fun Run & Ride BWSB telah diadakan pada 16 Julai 2022 bertempat di Bandar Sri Indah Tawau. Program diserikan dengan kehadiran YBhg Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB dan Tuan Amran @ Ambran Bin Pe’ang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan Pengurusan BWSB. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf dan para jemputan peserta Fun Run & Ride.