
Pada 4 Feb 2023 Bertempat di Masjid Al Munawwaroh, Kg. Jawa, selepas solat Jumaat kelmarin, YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB), dengan di iringi Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Ambran Pe'ang, serta staf, telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Jawa, Jalan Guru, baru-baru ini. Seramai 23 Ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian tersebut yang melibatkan 12 buah rumah musnah dalam sekelip mata. YBhg Datuk juga telah memberikan kata-kata semangat kepada mangsa terbabit agar tabah menghadapi bencana yang terjadi dan berharap semoga ada hikmah disebaliknya. Selain sumbangan berbentuk air mineral, dapur gas dan bakul makanan, YBhg Datuk juga menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan sedikit beban mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025
March 07, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Kerani (ADMIN) (Pentadbiran) / Tarikh Tutup 13 Mac 2025
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB