
Hari Keluarga Wilayah Utara telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ladang Binuang pada 05 Oktober, 2024 yang lalu. Banyak aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program yang berlangsung dan semua ladang telah mempamerkan kreativiti dan kemahiran melalui hiasan rumah ladang masing-masing. Tuan Hj Ambran B Pe'ang, Ketua Pegawai Eksekutif, BWSB sempat meluangkan masa bersama-sama dalam program tersebut yang turut dihadiri oleh semua Pengurus ladang masing-masing. Tahniah Wilayah Utara di atas penganjuran program dengan jayanya. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang. Antara ladang yang terlibat dalam program ini ialah: 1. Ladang Agathis 2. Ladang Belian 3. Ladang Binuang 4. Ladang Kapur 5. Ladang Ramin 6. Ladang Selangan Batu
10 Photos
Basic Occupational First AID CPR & AED 2024 program organized by the Training Unit and facilitate by CERT Academy was held in Borneo Royale Hotel, Tawau on the 29 - 30 August, 2024 recently. This program involves 30 staff from Supporting Unit from BWSB Headquarters. Emergency response training plays a crucial role in disaster management, and its benefits extend far beyond just knowing what to do during a crisis.
6 Photos
02 Julai, 2024 (Selasa), bertempat di Dewan Auditorium Utama, Tingkat 4, Blok A, Menara Kinabalu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTS) dan penyampaian sumbangan ke Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS). Majlis yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertujuan untuk memperkenalkan portal baharu dibawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) demi memperkasakan serta memudahkan penyaluran bantuan kepada anak Sabah terutama buat mereka yang dalam peringkat pengajian tinggi melalui gabungan kerjasama badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan di negeri ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, Benta Wawasan Sdn Bhd sangat pro aktif dalam kerja-kerja melibatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini. Melalui Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, YBhg Datuk telah turut sama hadir dalam majlis tersebut dan menjadi salah satu penyumbang dana berjumlah RM1,000,000.00. Sumbangan ini diharap dapat menyantuni pelajar cemerlang yang tidak mempunyai tajaan, lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang datang daripada sekitar luar bandar, agar mereka tidak tercicir selaras dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).
3 Photos
Program Majlis Penyerahan Motosikal Kepada Penuai BWSB telah berlangsung dengan jayanya pada 07 Julai, 2024, bertempat di Dewan Serbaguna Ladang Seraya. BWSB telah melancarkan program 'Pinjaman Mudah', kepada pekerja penuai buah (Harvester), untuk mendapatkan pinjaman motosikal, bagi memudahkan kerja mereka. Pinjaman ini dikhaskan kepada pekerja yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama 10 tahun di syarikat. Dengan adanya pinjaman sebegini, diharapkan para pekerja ini dapat memberikan komitmen yang baik dengan menghasilkan tuaian yang berkualiti tinggi dan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti operasi syarikat.
8 Photos
Perasmian pusat Community Learning Centre (CLC) bertempat di Ladang Selangan Batu, Ladang Belian & Ladang Keruing telah berjaya dilaksanakan pada 28 April, 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh perwakilan daripada Konsulat Republik Indonesia dan dihadiri oleh Pn Hjh Rismawati Hj Lahatta, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran & Komunikasi Korporat, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif yang terikat dengan komitmen lain. Turut hadir bersama ialah Pengurus Kanan, Wilayah Utara, Tn Lesan Hj Kadir dan diiringi oleh Pengurus - pengurus Ladang yang berkaitan. Semasa perasmian pusat CLC di Ladang Keruing, Kepala Perwakilan, Konsulat Repbulik Indonesia, Ibu Heni Hamidah juga turut hadir merasmikan pusat tersebut walaupun dalam keadaan jadual kerja beliau yang agak padat. Majlis diserikan dengan persembahan daripada anak-anak yang belajar di pusat CLC ini. Terima kasih kepada semua staf, tenaga kerja dan anak - anak yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian tersebut.
51 Photos
Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri BWSB 2024 telah berlangsung dengan sempurna pada 26 April, 2024. Majlis tersebut meriah dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah BWSB, rakan kongsi niaga, iaitu pihak Jabatan Tenaga Kerja, Pihak Konsul, pihak Bank, pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Sabah Softwoods Berhad, Yayasan Sabah dan kakitangan BWSB bersama keluarga masing-masing dan lain-lain lagi. Beberapa wakil kenamaan juga dilihat sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini, antaranya ialah YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, YB Datuk Lo Su Fui dan YBhg Datuk Hjh Hamisah Samat. Majlis diserikan dengan iringan medley oleh Tawau Buskers yang menceriakan suasana pada hari tersebut. Dikesempatan ini juga, pihak BWSB melalui Pengerusi Lembaga Pengarahnya, YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid telah sudi menyampaikan sumbangan kepada lima (5) buah masjid terpilih disekitar Tawau & Kalabakan. Sumbangan ini adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR), BWSB dan akan diteruskan dimasa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Sempena sambutan Aidilfitri BWSB 2024, semoga kita dapat bertemu di Syawal yang mendatang. INSYA-ALLAH.
195 Photos
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB
November 25, 2024
HR SIMPOSIUM
October 12, 2024
SUKAN TAHUNAN 2024 KAKITANGAN BWSB
October 10, 2024
KURSUS UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM