
Sempena bulan Ramadhan 1445H lalu, Pihak syarikat telah mengambil peluang untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan Asnaf, Ibu Tunggal & juga anak-anak yatim dikawasan sekitar Tawau dan Kalabakan. Sumbangan yang disalurkan ini adalah merupakan sumbangan daripada Tabung Wakalah Benta, iaitu pulangan daripada zakat perniagaan syarikat. Alhamdulillah, diharapkan sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka. Semoga syarikat BWSB akan meneruskan usaha-usaha CSR ini ditahun-tahun akan datang.
49 Photos
10 Mei, 2024 | Di hari Jumaat yang penuh berkah, pihak syarikat yang diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, diiringi oleh pegawai dan kakitangan BWSB, telah turun padang untuk melihat dan menyampaikan sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Sentosa, Hilltop - Blok 5. Kejadian yang berlaku pada Khamis lalu telah menyebabkan enam (6) ketua rumah kehilangan tempat tinggal. Pihak syarikat turut berduka cita dengan kejadian yang menimpa dan semoga semua mangsa yang terlibat bersabar dan tabah menghadapi ujian. Diharapkan sumbangan yang diberikan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan urusan mereka yang terlibat dalam kejadian ini. InSyaAllah .
18 Photos
Pada tarikh 14 Mac, 2024, bersamaan dengan 3 Ramadhan 1445H, bertempat di Dewan Sri Tawau, Sin Onn, Majlis Iftar Ramadhan BWSB 2024 peringkat Korporat telah diadakan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tn Haji Ambran Pe'ang, barisan Pengurusan BWSB, tetamu jemputan, rakan sekerja daripada Sabah Softwoods Berhad, Majlis Perbandaran Tawau, rakan media dan staf Ibu pejabat BWSB sendiri. Majlis iftar ini turut diselitkan dengan tazkirah penyucian jiwa oleh Ustadz Muhammad dan juga penyerahan sumbangan (CSR) kepada pusat-pusat Tahfiz, Madrasah, Surau & Masjid disekitar kawasan Tawau dan Merotai bagi membantu kelancaran pengurusan pentadbiran pusat masing-masing. Semoga syarikat BWSB dimurahkan rezeki dan dapat berkongsi sedikit kesenangan ini untuk membantu golongan yang memerlukan, InSyaAllah. Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini, semoga kita memperolehi syafaat dan keberkatan.
66 Photos
Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Qur'an peringkat Benta Wawasan Sdn Bhd pada 5 Mac 2024 / 23 Sya'ban 1445H di Dewan Serbaguna Ladang Seraya. Majlis di hadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, dan sebahagian barisan pimpinan pengurusan tertinggi syarikat. Majlis Tilawah Al-Qur'an ini disertai oleh semua wakil Qari dan Qariah daripada ladang dan kumpulan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada yang semua peserta Qari dan Qariah. Semoga dengan majlis seperti ini dapat meninggikan lagi syiar Islam di BWSB dan memberikan kesedaran kepada semua kakitangan dan pekerja akan pentingnya al-Qur'an kalamullah dalam kehidupan kita.
79 Photos
Integrity Awareness Enhancement Program - Baru-baru ini telah diadakan bertempat di City Hall, LA Hotel, Tawau pada 29 Januari, 2024. Program tersebut adalah merupakan program kesinambungan daripada Anti Bribery & Anti Corruption (ABAC) seminar yang pernah diadakan pada tahun 2022. Program ini dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Ambran Bin Pe'ang dan barisan pengurusan serta staf ibu pejabat. Ketua Cawangan SPRM bahagian Tawau, En. Richard Hii Ding Yin telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan 'Enhancement' program ini. Program ini diharap dapat memberikan penjelasan yang lebih jelas dan tepat mengenai isu-isu yang membabitkan integriti dalam sesebuah organisasi. Tahniah buat Jabatan Audit Dalaman, yang diketuai oleh Tn. Rosman Hj Hussain dan staf diatas penganjuran program ini.
28 Photos
Majlis Malam Mesra BWSB 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 04 Feb, 2024. Majlis ini diadakan di Grand Ballroom, hotel Borneo Royale, Tawau. Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB dan isteri, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ambran Pe'ang & isteri, para staf termasuk Benta Edible Oil Sdn Bhd & Benta Agrotech Sdn Bhd bersama pasangan masing-masing.
152 Photos
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB
November 25, 2024
HR SIMPOSIUM
October 12, 2024
SUKAN TAHUNAN 2024 KAKITANGAN BWSB
October 10, 2024
KURSUS UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM