
12 Disember, 2023 | Lawatan kerja rasmi Pengerusi Eksekutif ICSB, YB Datuk Jasnih Daya bersama-sama dengan YBhg Datuk Haji Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Hj Ambran bin Pe’ang, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, di iringi barisan pengurusan dan semua ketua-ketua jabatan/unit yang terlibat, telah berlangsung baru-baru ini. Ini adalah merupakan lawatan kerja rasmi yang pertama YB Datuk, setelah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BWSB. Perjalanan dimulakan dengan melawat Benta Agrotech Sdn Bhd, sebuah Syarikat usahasama antara BWSB dengan Bellus Terra Sdn Bhd, yang menghasilkan baja dalam bentuk paket (sachet). Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Kilang Benta Edible Oil Sdn Bhd (BEOSB), anak Syarikat milik penuh BWSB. Disini proses pembungkusan minyak masak dijalankan. Perjalanan mereka diteruskan ke Ladang Kapur, di mana majlis perasmian pejabat Ladang Kapur yang baru telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB dan kemudian meneruskan perjalanan ke Ladang Binuang. Semasa berada di Ladang Binuang, rombongan YB Datuk Jasnih juga dibawa melawat ke pusat penetasan Kumbang (Weevil Breeding), sebelum beliau merasmikan pejabat Operasi Perladangan Zon Utara/Pejabat Ladang Binuang. Semasa di Ladang Binuang, rombongan ahli Lembaga Pengarah BWSB ini juga telah diberikan sedikit taklimat mengenai keadaan semasa di BWSB oleh Tuan Chu Chee Ming, Pengurus Besar Operasi Perladangan.
33 Photos
Program Karnival Sukan Hari Keluarga BWSB 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Disember, 2023 bertempat di Padang Bandaran, Tawau. Program turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Sri Ghulamhaidar@Yusof Bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah, merangkap Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Ambran Bin Pe'ang dan barisan pengurusan BWSB.
187 Photos
Pagi ini 8 Oktober, 2023, telah berlangsung program Perarakan dan Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H /2023M, Peringkat Perbandaran Tawau. Perarakan ini bermula di hadapan perkarangan Majlis Perbandaran Tawau dan berakhir di Dewan Masyarakat Tawau. Perarakan dimulai oleh Majlis Perbandaran Tawau, yang diketuai oleh Timbalan Presiden, YBhg Tuan Mohd Shoffian Mohd Said, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H/2023M dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan (JP), Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah dan turut disertai oleh YB-YB yang lain. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen BWSB kerana menjadi Johan Pertandingan Sepanduk & Perbarisan Kontinjen bagi Kategori Jabatan. Kenangan manis ini turut dikongsikan bersama YBhg Datuk Hj Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid yang hadir pada majlis ini, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB. Tahniah sekali lagi buat kontinjen BWSB. Terima kasih kerana telah berjaya mengharumkan nama syarikat. Alhamdulillah.
40 Photos
Karnival Sukan BWSB 2023 - setelah beberapa tahun tergendala akibat COVID-19. Akhirnya berjaya diadakan. Sebanyak sembilan (9) acara sukan yang dipertandingkan pada tahun ini, antaranya ialah Bola Jaring, Badminton, Dart, Karom, Bola Tampar, Petanque, Sepak Takraw, Futsal & Bola Sepak. Objektif sukan ini diadakan adalah untuk memupuk kembali semangat berjuang dan semangat kesukanan. Karnival Sukan BWSB 2023 melabuhkan tirai dengan Johan Keseluruhan dimenangi oleh pasukan Northern. Tahniah buat semua yang terlibat. Melalui karnival ini juga kita berjaya mencungkil Olahragawan & Olahragawati yang berpotensi. Syabas diucapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Sri Haji Ghulamhaidar@Yusof Khan Bahadar, Ahli Lembaga Pengarah BWSB, atas kehadiran spontan YB Dato' dan sekaligus menyampaikan hadiah kemenangan kepada semua pemenang terbabit. Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur & Penyelaras, terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang telah dicurahkan. Kita jumpa lagi tahun hadapan. InSyaAllah.
158 Photos
Baru-baru ini telah berlangsung Program Kesedaran Membanteras Buruh Paksa dan Buruh Kanak-Kanak di Negeri Sabah yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Program ini telah diadakan bertempat di dewan Ladang Seraya pada 8hb September, 2023. Jabatan Tenaga Kerja Sabah diwakili oleh Timbalan Pengarah, Tuan Haji Mohd Napiah bin Haris, yang mewakili Pengarah JTK Sabah, YBhg Tuan Haji Wan Zulkifli bin Wan Setapa, manakala Benta Wawasan diwakili oleh barisan pengurusan yang diketuai oleh Pn Hjh Rismawati Hj Lahatta, bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Ambran Bin Pe'ang. Antara agensi yang terlibat dalam program ini adalah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO), PDRM, JIM, International Labour Organization (ILO) MPT dan MPOC. Antara aktiviti yang berlangsung ialah sesi dialog, lawatan ke fasiliti yang terdapat di Ladang dan juga Community Learning Centre (CLC).
38 Photos
Bertarikh 21 Jun, 2023, bertempat di Ladang Keruing baru-baru ini, telah berlangsung program Penanaman 100 Juta Pokok Hutan anjuran bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah & Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB). Turut hadir dan merasmikan program ini ialah Tuan Musa Salleh, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi), Pegawai-pegawai Perhutanan Daerah, Pengurus Besar - Benta Wawasan Sdn Bhd, Tuan Chu Chee Ming, dan barisan pengurusan beserta ahli jawatankuasa program dan staf BWSB. Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini telahpun dilaksanakan di seluruh negara pada 5 Januari, 2021 dan berlangsung selama 5 tahun, 2021 - 2025. Bertemakan "Pokok Kita, Kehidupan Kita", Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mempromosi dan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak demi menjayakan kempen tersebut. Objektif kempen ini dilaksanakan antaranya ialah mengekalkan kawasan hijau d seluruh negara selain memelihara dan memulihara kawasan berhutan, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam sekitar, merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional. Atas kesedaran terhadap kempen ini, pihak BWSB telah mengambil inisiatif melaksanakan penanaman pengayaan dalam konteks manual, merujuk kepada pemulihan kawasan hutan balak yang berkurangan dalam penjanaan semula spesis kayu komersil. Setakat ini BWSB telah pun menanam sebanyak 26,920 benih pokok jenis Kayu Jati di kawasan seluas 42.22ha dan komited untuk menanam sebanyak 13,286 anak benih pokok di kawasan seluas 20.44ha untuk tahun 2023. Semoga objektif ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya.
23 Photos
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB
November 25, 2024
HR SIMPOSIUM
October 12, 2024
SUKAN TAHUNAN 2024 KAKITANGAN BWSB
October 10, 2024
KURSUS UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM