
Compliance Certificate Award for 2022' semasa Malam Apresiasi Perhutanan Tahun 2023, yang telah berlangsung di Ballroom, The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 26 Jun 2023. Penyerahan sijil ini diberikan kepada syarikat yang berkelayakan dan mematuhi syarat-syarat yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Tahniah diucapkan kepada Benta Wawasan Sdn Bhd yang telah menjadi salah satu penerima 'Compliance Award' ini. Anugerah ini disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut bersama dalam majlis ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid. 'Compliance Certificate' ini telah diserahkan kepada Tuan Chu Chee Ming, Pengurus Besar yang mewakili pihak Benta Wawasan Sdn Bhd. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada BWSB, semoga akan terus berkembang maju di tahun-tahun mendatang.
5 Photos
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Benta Wawasan Sdn Bhd telah berlangsung pada 07 Mei, 2023 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Majlis ini mengumpulkan semua staf Benta bersama keluarga masing- masing. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif ICSB, YB Datuk Jasnih B Daya dan ahli-ahli Yang Berhormat sekitar Tawau. Selain daripada itu, kehadiran YB Datuk Hj Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Menteri Tugas- Tugas Khas, dari Kota Kinabalu juga turut memeriahkan lagi sambutan majlis pada kali ini.
82 Photos
Pada 6hb April, 2023, Majlis Iftar Ramadhan peringkat Korporat telah diadakan bertempat di Inderaloka Grand Ballroom, Univilla. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Ambran Pe'ang, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pn. Hjh Rismawati Hj. Lahatta merangkap Pengerusi penganjur Majlis Iftar Ramadhan bersama dengan barisan pengurusan BSWB dan jemputan-jemputan lain. Majlis Iftar Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara staf dan pengurusan. Di samping itu juga, mengambil kira bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, BWSB juga tidak mahu ketinggalan untuk berbuat kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Antara tetamu khas yang diraikan pada majlis ini, dan juga penerima sumbangan daripada syarikat ialah Madrasah dan juga pusat Tahfiz sekitar Tawau. Semoga sedikit sumbangan ini akan dapat membantu perjalanan pengurusan pusat madrasah dan tahfiz masing-masing. Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustadz Hj. Muhammad Othman, solat Maghrib, Isyak dan tarawikh.
35 Photos
Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Iftar Ramadhan BWSB peringkat Ladang yang diadakan di Ladang Belian pada 29 Mac, 2023. Majlis ini menggabungkan dua wilayah, iaitu Utara dan Selatan. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, BWSB, Tuan Amran@Ambran bin Peang dan barisan Pengurusan.
37 Photos
Program Derma Darah Peringkat Ladang telah berlangsung pada 15 Mac 2023 bertempat di Klinik Ladang Seraya, Ini adalah hasil daripada kerjasama "Smart Partnership" antara syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd dengan Unit Tabung Darah, Hospital Tawau. Selain itu, pemeriksaan mata secara percuma juga telah ditawarkan oleh pihak Borneo Optometry Clinic kepada staf Benta Wawasan.
10 Photos
Pada 4 Feb 2023 Bertempat di Masjid Al Munawwaroh, Kg. Jawa, selepas solat Jumaat kelmarin, YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB), dengan di iringi Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Ambran Pe'ang, serta staf, telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Jawa, Jalan Guru, baru-baru ini. Seramai 23 Ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian tersebut yang melibatkan 12 buah rumah musnah dalam sekelip mata. YBhg Datuk juga telah memberikan kata-kata semangat kepada mangsa terbabit agar tabah menghadapi bencana yang terjadi dan berharap semoga ada hikmah disebaliknya. Selain sumbangan berbentuk air mineral, dapur gas dan bakul makanan, YBhg Datuk juga menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan sedikit beban mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.
5 Photos
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB
November 25, 2024
HR SIMPOSIUM
October 12, 2024
SUKAN TAHUNAN 2024 KAKITANGAN BWSB
October 10, 2024
KURSUS UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM