
Pada 4 Feb 2023 Bertempat di Masjid Al Munawwaroh, Kg. Jawa, selepas solat Jumaat kelmarin, YBhg Datuk Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB), dengan di iringi Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Ambran Pe'ang, serta staf, telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Jawa, Jalan Guru, baru-baru ini. Seramai 23 Ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian tersebut yang melibatkan 12 buah rumah musnah dalam sekelip mata. YBhg Datuk juga telah memberikan kata-kata semangat kepada mangsa terbabit agar tabah menghadapi bencana yang terjadi dan berharap semoga ada hikmah disebaliknya. Selain sumbangan berbentuk air mineral, dapur gas dan bakul makanan, YBhg Datuk juga menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan sedikit beban mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.
5 Photos
DEMONSTRASI JENTERA AGROSTAR NINJA PB300X POWER BARROW OLEH SABAH AGROSTAR AUTOMATION BERHAD DI LADANG BELIAN
6 Photos
Kursus Horizon Baharu KIK anjuran Benta Wawasan Sdn Bhd dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah telah berlangsung pada 9 & 10 Januari 2023 bertempat di Hotel LA, Tawau.
8 Photos
Majlis Makan Malam BWSB 2022 yang berkonsepkan Arabian Night, Black & Gold dan World Cup, telah diadakan pada 03 Disember 2023, bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Tuan Amran @ Ambran Bin Pe’ang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, barisan pengurusan dan staf BWSB. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pembukaan oleh pelajar-pelajar dari daripada SMK Tawau. Malam tersebut juga di isi dengan persembahan dari staf mengikut zon iaitu Ibu Pejabat, Zon Selatan, Zon Utara serta anak syarikat BWSB, Benta Edible Oil Sdn Bhd. Pada malam tersebut juga pihak Pengurusan turut menyampaikan anugerah kepada staf sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah bekerja keras untuk memajukan syarikat. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Perkhidmatan Taat Setia, Anugerah Jasamu Dikenang, Pencapaian Ladang Terbaik, dan juga Pencapaian Staf terbaik mengikut KPI bagi peringkat Eksekutif & bukan Eksekutif.
94 Photos
Awareness Program on BWSB Anti -Bribery & Anti-Corruption Policy (ABAC) & Talks on Corporate Liability under section 17A, Malaysian Anti-Corruption Act 2009 by SPRM at Hibiscus Hall, LA Hotel Tawau - 17th October, 2022
7 Photos
Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1444H Peringkat Benta Wawasan Sdn Bhd di Ladang Seraya Pada 14 Oktober 2022
61 Photos
March 07, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Kerani (ADMIN) (Pentadbiran) / Tarikh Tutup 13 Mac 2025
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB
November 25, 2024
HR SIMPOSIUM
October 12, 2024
SUKAN TAHUNAN 2024 KAKITANGAN BWSB