
Majlis Makan Malam BWSB 2022 yang berkonsepkan Arabian Night, Black & Gold dan World Cup, telah diadakan pada 03 Disember 2023, bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Tuan Amran @ Ambran Bin Pe’ang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, barisan pengurusan dan staf BWSB. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pembukaan oleh pelajar-pelajar dari daripada SMK Tawau. Malam tersebut juga di isi dengan persembahan dari staf mengikut zon iaitu Ibu Pejabat, Zon Selatan, Zon Utara serta anak syarikat BWSB, Benta Edible Oil Sdn Bhd. Pada malam tersebut juga pihak Pengurusan turut menyampaikan anugerah kepada staf sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah bekerja keras untuk memajukan syarikat. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Perkhidmatan Taat Setia, Anugerah Jasamu Dikenang, Pencapaian Ladang Terbaik, dan juga Pencapaian Staf terbaik mengikut KPI bagi peringkat Eksekutif & bukan Eksekutif.
94 Photos
Awareness Program on BWSB Anti -Bribery & Anti-Corruption Policy (ABAC) & Talks on Corporate Liability under section 17A, Malaysian Anti-Corruption Act 2009 by SPRM at Hibiscus Hall, LA Hotel Tawau - 17th October, 2022
7 Photos
Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1444H Peringkat Benta Wawasan Sdn Bhd di Ladang Seraya Pada 14 Oktober 2022
61 Photos
Program Fun Run & Ride BWSB telah diadakan pada 16 Julai 2022 bertempat di Bandar Sri Indah Tawau. Program diserikan dengan kehadiran YBhg Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB dan Tuan Amran @ Ambran Bin Pe’ang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan Pengurusan BWSB. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf dan para jemputan peserta Fun Run & Ride.
27 Photos
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri BWSB telah diadakan pada 27 Mei 2022 bertempat di Dewan Cowie Bay Tawau. Majlis diserikan dengan kehadiran Ybhg Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB dan Tuan Amran @ Ambran Bin Pe’ang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan Pengurusan BWSB. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf, para jemputan anak syarikat YS/ICSB, dan stakeholders BWSB.
11 Photos
Majlis Iftar Ramadhan BWSB telah diadakan pada 14 April, 2022 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Turut serta menyantuni majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Bin Khan Bahadar, selaku Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB dan YBhg Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH Tuan Mohd. Shoffian Bin Mohd. Said, Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Tawau dan barisan pengurusan BWSB. Majlis dimeriahkan dengan jemputan khas, anak syarikat YS/ICSB, Sabah Softwoods Berhad, staf BWSB dan para penerima sumbangan daripada Madrasah dan pusat Tahfiz terpilih sekitar kawasan Tawau.
19 Photos
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025
March 07, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Kerani (ADMIN) (Pentadbiran) / Tarikh Tutup 13 Mac 2025
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB