
Majlis Perhimpunan Korporat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB) 2021 telah diadakan pada 24 November, 2021, bertempat di Aras 6 (Ballroom), Borneo Royale Hotel. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Wahid, Tuan Dominic Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif dan diiringi oleh Pengerusi Penganjur majlis, Pn. Hjh. Rismawati Hj. Lahatta, Ketua Sumber Manusia, Pentadbiran & Komunikasi Korporat, dan warga BWSB. Majlis turut menyelitkan segmen Anugerah Perkhidmatan Taat Setia (Long Service Award) dan Anugerah Jasamu Dikenang kepada staf yang telah bersara penuh. Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf di atas dedikasi, semangat dan taat setia yang ditunjukkan oleh mereka. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.
29 Photos
Program Jangkauan Luar Vaksinasi COVID-19, yang telah berlangsung pada 2 - 3 Sept, 2021, di Dewan Serbaguna Ladang Seraya, Benta Wawasan Sdn Bhd. Program kerjasama ini adalah anjuran syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB), dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cawangan Tawau.
6 Photos
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENUBUHAN POLIS BANTUAN BWSB DISAMPAIKAN OLEH PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JPJKK) DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KOTA KINABALU SABAH PADA 28 MEI 2021
5 Photos
Program lawatan kerja Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Haji Abdul Karim B. Hj. Wahid bersama-sama dengan kumpulan pengurusan BWSB, yang diketuai oleh Tn. Dominic Dambul, Ketua Pegawai Ekskutif BWSB, telah membuat lawatan pada 17hb Mac, 2021 (Rabu) di beberapa Ladang seperti Keruing, Menggaris, Merbau, Kilang Kelapa Sawit Seraya (SPOM), Ladang Seraya, Rumah Rehat Ladang Seraya, Pejabat Operasi Ladang Seraya, ladang Belian, Agathis, Kapur, Binuang dan Selangan Batu.
17 Photos
Majlis makan malam Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 7 Februari 2020 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu. Para staf daripada Benta Wawasan Sdn Bhd telah terlibat dalam mempersembahkan tarian kombinasi Kuda Kepang, Igal-Igal, Magunatip dan Tabelo.
5 Photos
Penyerahan sumbangan bakul makanan prihatin telah berlangsung pada 6 November 2020 bertempat di Taman Semarak Tawau. Seramai 9 orang staf dan keluarga mereka yang terjejas di dalam PKPD Taman Semarak Tawau.
8 Photos
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Perantis Bengkel (Workshop Apprentice ) / Tarikh Tutup 18 April 2025
April 11, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Conductor (Binuang Kapur Estate) / Tarikh Tutup 18 April 2025
March 07, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Kerani (ADMIN) (Pentadbiran) / Tarikh Tutup 13 Mac 2025
February 21, 2025
IKLAN JAWATAN KOSONG BENTA WAWASAN SDN. BHD JAWATAN: Operator Kilang Kelapa Sawit / Tarikh Tutup 24 Februari 2025
December 20, 2024
MAKAN MALAM TAHUNAN BWSB